Parti Mahathir,! Tidak Perlu Pilihan Raya Awal Hanya Satu Pembaziran

Posted on

61458140501_DrWanJunaidiTuank

KUALA LUMPUR: Pilihan raya awal tidak perlu diadakan hanya kerana sebuah parti baharu ditubuhkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik bagi kerajaan untuk memberi tumpuan memenuhi aspirasi rakyat daripada mengadakan pilihan raya umum.

Menurutnya, mengadakan pilihan raya awal pada masa ini hanya akan membazirkan wang kerana ia turut membabitkan banyak pihak lain, termasuk polis dan Suruhanjaya Pilihanraya.

“Pilihan raya tidak diadakan hanya kerana ada individu yang menubuhkan parti baharu. Itu bukan pendapat saya dan kerajaan perlu menilai perkara lain seperti memastikan kerja masing-masing sudah disiapkan sebelum sibuk mengadakan pilihan raya,” kata Datuk Seri Wan Junaidi selepas sidang media di sini pada Khamis.

Beliau percaya, kehadiran parti-parti baharu tidak akan menggugat parti kerajaan.

“Jika mana-mana pihak mahu menubuhkan parti, mahu menubuhkan persatuan, kita perlu meluluskan jika mereka memenuhi syarat dan undang-undang perlembagaan.

“Saya yakin akhirnya rakyat akan dapat melihat agenda parti, sama ada ia adalah untuk kebaikan negara ataupun agenda peribadi. Apabila orang ramai mengenal pasti, mereka dapat memutuskan parti mana yang mereka mahu sokong,” kata Datuk Seri Wan Junaidi

Beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini mengakui telah melihat banyak parti baharu didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), namun ia diikuti dengan pembubaran parti berkenaan selepas beberapa tahun.

Pada Rabu, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Katanya, jangkaan itu berasaskan kepada kedudukan BN yang dilihat mahu terus memperkukuhkan kedudukan dalam mengharungi perubahan landskap politik semasa.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s