Pemikiran Komputer,! Semua Mata Pelajaran Akan Bermula Januari 2017

Posted on

71470911891_DSNajibRazak

PUTRAJAYA: Bermula tahun 2017, semua subjek di sekolah akan diintegrasi bagi menggalak pemikiran perkomputeran dan sains komputer melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.

“Malaysia adalah negara pertama di ASEAN yang melaksanakan integrasi ini dalam kurikulum sekolah.

“Ketika ini, 9,200 guru sedang dilatih bagi pelaksanaan integrasi ini dan 24 sekolah melaksanakan projek rintis pada tahun lalu, membabitkan 666 pelajar dan 50 guru,” katanya ketika berucap melancarkan #mydigitalmaker di sini, hari ini.

Gerakan #mydigitalmaker merupakan inisiatif dalam mewujudkan sebuah negara pembuat digital.

Gerakan ini digerakkan melalui satu kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan sokongan sektor swasta serta ahli akademik yang akan mendedahkan golongan muda kepada aspek kreatif dan inovatif menggunakan teknologi digital.

Turut hadir di majlis pelancaran #mydigitalmaker ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan 2, Datuk P. Kamalanathan, dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s