‘Doa Untuk Malaysia’,! Perkhidmatan LRT Dilanjutkan

Posted on Updated on

DOA-UNTUK-MALAYSIA-KLXPRESS

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Rapid KL LRT akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam pada hari Sabtu ini, 13 Ogos bersempena dengan program Doa Untuk Malaysia, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin, beliau berkata lanjutan perkhidmatan ini, para pengguna untuk kedua-dua Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling – Ampang boleh memasuki stesen Masjid Jamek sehingga 12 tengah malam untuk meneruskan perjalanan mereka ke stesen-stesen lain.

“Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, tetapi akan membenarkan para penumpang untuk keluar dari stesen dan meneruskan perjalanan masing-masing,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

“Seperti yang biasa kami lakukan, perkhidmatan boleh dipanjangkan lagi berdasarkan kepada keadaan di Stesen Masjid Jamek,” tambah beliau.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s