‘Salam Perdamaian’,! MUBARAK Dan Veteran UMNO Terengganu Bersatu Sokong MB Razif

Posted on

mb-razif-sidang-d-555x290

Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu menyifatkan suatu petanda “Berjiwa Besar” atas tindakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menyambut salam perdamaian bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said demi menyelesaikan kemelut di negeri ini.

Pengerusinya, Dato’ Haji Ahmad Sidi Ismail berkata, ahli Umno khususnya dan rakyat keseluruhan sudah tentu menyambut baik langkah dan pendekatan yang diambil oleh Ahmad Razif.

“Saya dan Mubarak amat bersyukur di atas usaha yang diambil oleh kedua belah pihak ini kerana ia suatu yang akan mengembirakan semua pihak dan atas kepentingan rakyat dan negeri Terengganu,” katanya kepada The Iman Tribune.

Veteran Umno dan juga bekas Ketua Umno Marang, Dato’ Muda Mamat berharap kedua-dua belah pihak dapat bertolak ansur demi parti dan negeri serta rakyat.

“Rakyat amat ingin melihat perdamaian dan persefahaman kedua dua pihak Menteri Besar dan Mantan Menteri Besar itu tercapai dengan jayanya,” ujarnya.

Katanya, “kita sudah tidak mampu bergaduh dan fokus kita solidariti Umno Terengganu demi untuk kejayaan pilihanraya umum, PRU 14 nanti.”

Bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Dato’ Ismail Said menyokong penuh perdamaian kedua-dua belah pihak itu.

Menurut beliau ia suatu tindakan yang mulia lagi ikhlas tanpa berfokus sangat kepada syarat-syarat kerana penting ialah perpaduan dan kerjasama.

“Yang utama biarlah suasana menang-menang dan “give and take” biarlah berlaku dengan sempurna dan penuh muhibah serta kasih sayang antara satu sama lain,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s