Seorang Lelaki Maut Diserang Beruang Di Kebun Durian

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-11 at 20.26.34

Gua Musang: Seorang lelaki warga Thailand maut dipercayai diserang beruang di kebun durian dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok Baru, di sini, pagi tadi.

Mayat Mat Didik@Madidi Basa, 40, ditemui anaknya, Muhamad Naim, 15, yang keluar mencarinya di dalam parit di kebun itu kira-kira 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa dipercayai terserempak dengan beruang itu ketika ke kebun berkenaan seorang diri, sejak 10 malam tadi.

“Sebelum ini penduduk mendakwa beruang kerap berkeliaran di kawasan kebun itu, malah ada yang memberitahu melihat haiwan liar berkenaan makan durian di atas pokok.

“Mangsa mungkin terserempak dengan beruang terbabit ketika ke sana untuk mengutip durian yang gugur dan berlaku pergelutan antara kedua-duanya.

“Mayat mangsa ditemui tersandar di dinding tebing dengan kecederaan serius di kepala dipercayai dicakar haiwan itu,” katanya di sini, hari ini.

Mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian, lewat petang ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s