Ibadah Qurban,! Lembu Dan Kambing Untuk Tahun Ini Mencukupi

Posted on

c4f7

Bekalan lembu dan kambing untuk keperluan di seluruh negara bagi sambutan Aidiladha tahun ini adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini berdasarkan kepada jumlah bekalan lembu dan kambing yang telah di import dan jumlah ternakan tempatan di seluruh negara buat masa ini.

“Daripada perkiraan kita terdapat kira-kira 39,000 ekor lembu dan 40,000 ekor kambing stok yang sedia digunakan untuk tujuan Hari Raya Qurban, sedangkan keperluan sebenar untuk lembu ialah 29,000 ekor dan 24,000 ekor kambing.

Justeru katanya, kalau dilihat dari segi bekalan, ia melebihi permintaan di seluruh negera dan tiada apa yang perlu dirisaukan oleh umat Islam untuk menyempurnakan ibadah qurban tahun ini.

Tambahnya, sumber ternakan lembu adalah dari Australia dan Thailand yang diimport oleh syarikat-syarikat pembekal yang sah dan sumber ternakan lembu tempatan adalah daripada projek-projek Integrasi dan Fidlot di seluruh negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s