Masalah Sampah Di Selangor Tidak Pernah Selesai

Posted on

Sampah Selangor

Keengganan kerajaan Selangor yang ditadbir PKR menandatangani Akta 672 merupakan antara penyebab isu pengurusan sampah terus menghantui rakyat di negeri ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sehingga kini masih gagal menyelesaikan isu berkenaan walaupun hampir sembilan tahun mentadbir Selangor sejak memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

“Sebelum ini, kerja-kerja pengurusan sampah dan sisa pepejal di Selangor dilaksanakan oleh syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. sehinggalah selepas PRU 2008, apabila kerajaan negeri enggan menandatangani Akta 672 dan mengambil alih pengurusan perkhidmatan itu daripada syarikat berkenaan. Bagaimanapun, sehingga hari ini masalah sampah di Selangor seperti tiada penyelesaian apabila difahamkan banyak aduan daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan komitmen kerajaan negeri dalam pengurusan perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau mengulas rungutan para penduduk di sekitar Kota Damansara dalam laporan media semalam, yang tidak berpuas hati dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) yang didakwa gagal memastikan kutipan sampah dilaksanakan mengikut jadual.

Selain tidak tahan dengan bau busuk berikutan longgokan sampah yang banyak, penduduk juga kecewa apabila aduan yang dibuat mengenai masalah itu kepada pihak MBPJ tidak disusuli dengan tindakan pantas selain membandingkan cukai pintu yang dibayar mereka kepada kerajaan negeri selama ini tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
– Tv3

Advertisements

One thought on “Masalah Sampah Di Selangor Tidak Pernah Selesai

    […] Baca: Masalah Sampah Di Selangor Tidak Pernah Selesai […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s