Parti Mahathir,! Kerana Dendam Tubuh Parti Baharu

Posted on

Bersatu

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan kekal lama jika objektif utamanya ialah menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, rata-rata pemimpin serta orang di sebalik BERSATU adalah bekas ahli UMNO yang pernah bersumpah menyokong parti itu serta Najib.

Namun, katanya, sekarang kumpulan itu kelihatannya mahu memusnahkan UMNO agar Najib dapat disingkirkan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.

“Ia jika benar adalah pendekatan yang salah, begitu juga dengan prinsip parti itu. Masyarakat Melayu juga tidak akan menyokong mereka.

“Keadaan ini akan menyebabkan BERSATU tidak akan kekal lama sebagai sebuah organisasi politik,” ujarnya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata sama ada BERSATU akan memberi impak atau sebaliknya kepada BN negeri, ia masih belum diketahui lagi.

Bagaimanapun, tegas Menteri Kemudahan Awam itu, hakikatnya BERSATU mungkin sebuah parti politik baharu tetapi orang di sebaliknya masih muka lama yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan hari ini dan sarat dengan agenda peribadi.

“Adakah anda fikir mereka akan berubah atau adakah kita sekali lagi akan terperdaya?

“Bagi saya adalah lebih baik (kita) memfokus kepada usaha berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat seperti yang dijanjikan. Kita malah rakyat saya percaya sudah bosan dengan politik,” tegasnya.

BERSATU didaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kelmarin oleh presiden sementaranya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s