Parti Mahathir,! Kerana Ingin Mempertahankan Ego, Mahathir Sanggup Bersekongkol Dengan Parti Pembangkang

Posted on

21968814

Mahathir mungkin melihat Datuk Seri Najib Razak tidak mengikuti landasan yang sama dengannya dalam pentadbiran negara.

Tetapi bagi Najib pula nyata berbeza.

Perdana menteri berpendapat apa yang dilalui mereka berdua sebenarnya sama, terutamanya dalam membangunkan negara ketika berdepan “tohmahan”.

“Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

“Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau.

“Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya,” kata Najib.

Menulis dalam blognya hari ini, Najib bagaimanapun tidak menyebut secara langsung nama Mahathir tetapi hanya merujuknya sebagai “seorang pemimpin lama”.

Najib berkata rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa, bukan hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.

Sementara itu, Najib juga berkata beliau berasa amat kecewa dengan Mahathir.

Katanya, Mahathir sanggup bersekongkol dengan parti lain yang mempunyai matlamat berbeza dengan perjuangannya dahulu.

“(Semuanya) demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini,” katanya.

Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun, paling lama dalam sejarah Malaysia, sebelum memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, Najib berkata Mahathir menentang pentadbirannya hanya untuk “mempertahankan ego”.

“Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s