Parti Mahathir,! UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Terlibat Dengan Parti Baharu

Posted on

1

UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terlibat atau dikaitkan dengan parti baharu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ini adalah bagi memastikan bahawa perjuangan anggota UMNO di negeri ini dalam memantapkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, tidak menghadapi kecelaruan.

Mohamed Khaled berkata terdapat nama-nama anggota UMNO di negeri ini yang tersebar menerusi laman web yang turut mendakwa mereka ini menjadi penaja atau mempromosi parti baharu.

“Saya minta agar UMNO Bahagian dapat menyenaraikan (nama anggota yang dipercayai terlibat atau dikaitkan) dan menghantar kepada ibu pejabat supaya ibu pejabat dapat tentukan kedudukan mereka ini.

“(Ada di antara) mereka ini (yang) duduk dua alam. (Ini bagi memastikan) sama ada nama mereka digunakan untuk menaja dan mempromosi parti (baharu) dan mereka dapat mengumumkan sama ada mereka betul-betul terlibat atau tidak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu berkata beliau juga ada menerima laporan bahawa ada yang menggunakan nama anggota-anggota yang tidak terlibat dan mengaitkan mereka dengan parti baharu.

“Jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, mereka perlu membuat satu ketetapan. Kalau mereka terlibat mereka patut jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan UMNO,” katanya.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas anggota UMNO ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s