Pembangkang Sudah Ada ‘Calon Perdana Menteri’, Bukan Lagi Anwar Ibrahim

Posted on

anwar-di-penjara

Mykmy.net mencadangkan pembangkang menamakan satu nama sebagai calon perdana menteri bayangan jika memenangi pilihan raya umum ke-14 kelak.

Tambah portal tersebut lagi, keputusan bersama pembangkang dahulunya menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika berjaya menewaskan BN pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kini, Anwar masih dalam penjara di Sungai Buloh menghabiskan sisa-sisa hukumannya atas kesalahannya ‘menceroboh’ sesuatu yang berada di luar tabii manusia seperti yang disabitkan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Selepas selesai menjalani hukuman tersebut, dia masih lagi terikat dengan undang-undang yang tidak membenarkan dia bertanding sebagai calon dalam pilihan raya untuk beberapa tahun.

“Keadaan itu secara tidak langsung menafikan kelayakkannya untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pada PRU ke-14 nanti,” kata portal itu lagi.

Semalam, semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-69 Anwar, Lim Kit Siang mengulangi komitmen Pakatan Rakyat sebelum ini yang menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri.

Kit Siang berkata, jika Anwar diangkat sebagai perdana menteri pada 2013, rakyat akan terlepas daripada kesengsaraan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Mengulas lanjut, portal itu berkata, jika gagal berbuat demikian, pembangkang sendiri dianggap masih celaru dan tidak punya hala tuju kepimpinan yang konsisten.

“Mereka tidak stabil sebenarnya. Asyik sibuk dengan propaganda palsu, tapi mereka gagal meyakinkan rakyat malah menambah kekeliruan hingga buat masyarakat lebih menyampah pada mereka,” katanya.

Sehingga kini, jelasnya, Pakatan Harapan hanya menamakan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dan bukan bakal perdana menteri atau perdana menteri sementara.

“PAS pula masih konsisten mahu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika PAS berjaya menguasai majoriti Dewan Rakyat. Namun kata orang, itu adalah mustahil memandangkan PAS masih bergerak secara solo.

“Persoalannya, selain PAS, siapakah pemimpin yang bakal dicalonkan Pakatan Harapan atau parti baru Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri? Anwar tidak layak dari segi teknikal undang-undang. Wan Azizah? Lim Guan Eng? Mat Sabu? Muhyiddin? Atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir?

“Penulis tidak yakin Guan Eng akan dipilih. Jika dipilih Guan Eng, penulis yakin pembangkang akan hilang majoriti besar undi Melayu dan India. Begitu juga Mat Sabu, dia masih tiada kekuatan untuk ‘memijak’ nama-nama besar lain.

“Muhyiddin? Apakah dia akan dapat mandat dari semua parti pembangkang, termasuk Anwar di Sungai Buloh? Mukhriz? Jika anak Mahathir itu naik menjadi perdana menteri, apa kata Muhyiddin?,” tanya mykmu.net.

– MyKmu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s