Pokemon Go,! Jika Terganggu, Anda Boleh Buat Aduan Ke Niantic Inc

Posted on

pokemon-go-nick_statt-2016-1.0.0

Mereka yang terganggu dan mempunyai masalah berkaitan permainan Pokemon Go boleh mengemukakan aduan secara terus kepada syarikat yang membangunkan aplikasi itu, Niantic Inc di Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata aduan antara lain boleh dilakukan jika mereka terganggu dengan permainan menangkap raksasa virtual itu di kawasan ibadat atau lokasi yang boleh mengganggu keselamatan.

Aduan boleh dikemukakan di laman web http://www.nianticlabs.com atau secara bertulis kepada syarikat itu di alamat Niantic Inc, 2 Bryant Street Suite 220, San Francisco, CA94105, United States, katanya.

“Alamat ini dinyatakan di laman Facebook kementerian. Kementerian juga telah mengeluarkan garis panduan berkaitan permainan Pokemon Go di laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kita faham fenomena Pokemon Go yang melanda dunia, tetapi kita tidak mahu masyarakat terlalu leka untuk menangkap raksasa virtual sehingga mengabaikan aspek keselamatan atau mengganggu kawasan ibadat yang ada dijadikan Pokestop atau Pokegym,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s