Pokemon Go,! SKMM Keluarkan Garis Panduan Keselamatan

Posted on

SKMM-logo
SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go yang semakin menjadi kegilaan pada masa kini.

Dalam kenyataan tersebut, SKMM memaklumkan bahawa keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu bertujuan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan.

Difahamkan, pengeluaran garis panduan keselamatan umum itu dibuat selepas timbulnya kebimbangan pelbagai pihak serta berlakunya beberapa insiden tidak diingini gara-gara bermain aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (augmented reality) yang kini sudah melanda lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Selain itu, langkah itu juga seiring dengan panduan keselamatan telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan tersebut.

Garis panduan keselamatan yang dikeluarkan itu mengandungi beberapa tip kepada pemain antaranya berhubung kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu tidak dikenali.

Garis panduan itu turut menekankan keperluan pemain untuk berwaspada dengan penipuan yang boleh berlaku secara dalam talian mahupun di luar talian berikutan sebarang penggunaan aplikasi untuk memuat naik permainan ini mungkin mendedahkan pemain kepada serangan penggodam atau malware.

“Dalam hal ini, SKMM ingin menegaskan, pilihan untuk bermain Pokemon Go terletak di tangan para pemain itu sendiri.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai aspek keselamatan, dan sensitiviti Pokemon Go boleh berhubung terus pihak Niantic Inc yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat melalui laman sesawang mereka, http://www.nianticlabs.com.

Selain itu, orang ramai yang ingin mendapatkan garis panduan permainan ini boleh mendapatkannya di laman sosial Facebook SKMM atau melawat ke laman web rasmi mereka di SKMM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s