Sarawak Report,! Rakyat Perlu Tolak Agenda Tersembunyi – Asyraf Wajdi

Posted on

IMG_1050

Rakyat perlu menolak portal Sarawak Report yang jelas tidak mempunyai kredibiliti ketika melaporkan sesuatu berita, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata tindakan terbaharu portal itu yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak benar dan diharap dapat membuka mata rakyat mengenai agenda tersembunyi portal berkenaan.

“Saya harap dengan apa yang berlaku ini dapat mencelikkan mata rakyat. Sarawak Report perlu ditolak kerana agendanya hanyalah untuk menjatuhkan negara,” katanya.

tuan-ibrahim-sr

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini menyekat siaran portal itu di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah menerima aduan dan maklumat daripada orang awam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s