Tun Razak Exchange,! Projek Giat Dibangunkan Dan Berjalan Mengikut Jadual

Posted on Updated on

Tun-Razak-Exchange

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) atau Kota Kewangan Global yang bakal menjadi mercu tanda kebanggaan di tengah ibu kota Kuala Lumpur kini sedang giat dibangunkan, lapor Utusan Online.

Malah, pembinaan projek bernilai RM40 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2012 itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Projek yang dilancarkan oleh Najib pada 2012 itu bakal melibatkan pembangunan pusat perdagangan, perniagaan, pusat membeli belah, riadah termasuk kediaman bertaraf antarabangsa,” lapor akhbar tersebut.

Dalam masa yang sama, projek pembangunan menara utama setinggi 90 tingkat dan juga sebuah stesen MRT juga dalam proses pembinaan.

“Buat masa ini, projek yang dibangunkan mengikut plot meliputi pembangunan terowong bergelung yang bakal menjadi laluan bagi kenderaan menghubungkan setiap bangunan di tapak projek ini ke jalan utama Tun Razak.

“Dalam pada itu, projek pembangunan menara utama setinggi 90 tingkat juga dalam proses pembinaan. Bagi menyediakan kemudahan pengangkutan sebuah stesen MRT turut sedang dibina dan akan dikenali dengan stesen MRT TRX,” katanya.

Difahamkan, beberapa plot projek pembinaan dijangkakan siap menjelang 2018 dan mula beroperasi pada 2019.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s