TWLB,! Ahmad Bashah Mahu Percepat Projek Taman Warisan Lembah Bujang

Posted on Updated on

bashah

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mahu projek Taman Warisan Lembah Bujang (TWLB) dipercepatkan bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke negeri Kedah.

Beliau yakin TWLB mampu muncul sebagai pusat arkeologi terkemuka di rantau Asia Tenggara dan sekaligus menjana ekonomi penduduk negeri.

Oleh itu pelan pemuliharaan kawasan warisan itu perlulah dilaksanakan segera oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dan kerajaan Persekutuan, kata Ahmad Bashah yang berucap pada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri, di Wisma Darulaman, di sini semalam.

Katanya, keutamaan membangunkan sektor pelancongan di tanah besar perlu diberi perhatian khusus, terutama yang berasas produk warisan sejarah dan kesihatan.

Kegemilangan Kedah sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Lembah Bujang pada masa silam wajar dikembalikan, katanya lagi.

Sementara itu, menurut Ahmad Bashah, Kedah amat berpotensi bagi pelaburan asing menanam modal memandangkan kedudukannya yang strategik selain memiliki kemudahan prasarana yang mencukupi.

Pelaburan dalam luar negeri cukup penting bagi meningkatkan pendapatan dan menjana ekonomi negeri selain menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan, ujarnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s