Fahaman Ekstremis Perlu Ditangkis, Amal Ajaran Islam Sebenar

Posted on

PMNAJIB

KUALA LUMPUR – Penularan fahaman ektremis di Malaysia mampu ditangkis jika umat Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar yang cintakan keamanan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengambil contoh kumpulan militan Daesh, Perdana Menteri berkata Malaysia menggunakan pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menangkis fahaman ekstrem mereka.

Najib berkata tindakan yang dilakukan oleh kumpulan ektremis itu langsung tidak mewakili ajaran Islam sebenar.

“Semoga negara kita terus harmoni dan dilindungi Allah SWT,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitternya.

Najib turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang disampaikan khatib dalam khutbah Jumaat hari ini iaitu: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 93)
– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s