Penyokong Negeri Sembilan Tidak Berpuas Hati Di atas Kekalahan Pasukannya

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-13 at 11.58.29

MELAKA: Hampir 200 penyokong Negeri Sembilan (NS) berkumpul di luar Stadium Hang Jebat bagi meluahkan rasa tidak puas hati di atas kekalahan pasukan itu kepada Melaka United (MU) sebaik perlawanan tamat malam tadi.

Mereka menyanyi beramai-ramai dengan nada kecewa atas prestasi hambar skuad kesayangan mereka berdepan MU sehingga kecundang 2-0 di tangan tuan rumah.

Kegagalan itu menyebabkan hasrat mara ke suku akhir Piala Malaysia masih tertangguh walaupun NS sekadar hanya perlu mengutip satu mata dalam perlawanan terbabit.

Kumpulan penyokong berkenaan berhimpun di luar pagar stadium yang berhampiran bas pemain yang diletakkan dalam kawasan stadium namun diarah beredar oleh pasukan keselamatan.

Mereka berarak ke laluan bas keluar dan menyanyi beramai-ramai hampir 10 minit namun sekali lagi mereka diarah meninggalkan lokasi berkenaan dan beredar dari kawasan stadium secara aman.

Seorang peminat NS yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka kecewa dengan persembahan longlai pasukan malah pemain NS seperti dipaksa ke hulu ke hilir ibarat ayam oleh pemain tuan rumah.

Katanya, perubahan taktikal jurulatih nyata tidak kena termasuk merehatkan pemain utama pada babak pertama.

Sementara itu, penolong jurulatih NS, Mohd Asri Ninggal enggan mengulas lanjut berkaitan strategi ketua jurulatih atas kegagalan pasukan meraih kemenangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s