Pokemon Go,! Dilarang Bermain Di Kawasan Mindef Dan Aset Sensitif

Posted on

81471087647_HishammuddinTunHusBATU GAJAH: Aplikasi permainan Pokemon GO dilarang dimainkan di kawasan Kementerian Pertahanan (Mindef) di ibu negara bagi melindungi aset sensitif negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, elemen aplikasi tersebut yang merakam visual sekitar ketika permainan menangkap raksasa maya itu dikhuatiri boleh mengancam negara.

“Saya bimbang, aplikasi yang ada sekarang ini, bila mereka bermain permainan Pokemon ini, mereka buat rakaman dan dalam rakaman itu mungkin ada rakaman aset-aset yang sensitif.

“Saya bimbang aplikasi baru ni seperti Pokemon GO kalau tidak dapat tengok menerusi Google Earth mereka sengaja atau memperalatkan individu warga kita di Mindef,” kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Batu Gajah di sini hari ini.

Katanya lagi, panglima ketiga-tiga cabang angkatan tentera negara juga telah dimaklumkan untuk melakukan tindakan yang sama di kem masing-masing seluruh negara.

Namun tambah beliau, keputusan larangan itu tertakluk kepada panglima-panglima berkenaan.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s