PQPTRW,! Gagal Kekal Rekod Tanpa Kalah

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-13 at 11.57.44

KOTA BHARU: Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) gagal mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam saingan kumpulan B, Piala Malaysia selepas tewas 4-1 di tangan Selangor malam tadi.

Beraksi penuh keyakinan PQPTRW terlebih dulu membuka gerakan menarik bagi membolehkan Mohd Fakhrul Zaman melakukan rembatan pada minit keempat tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Selangor mula mendapat rentak dan berjaya membuka jaringan menerusi Abdul Hadi Yahya yang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-21 selepas Patrick Ronaldinho dijatuhkan dalam kotak penalti.

Selangor terus mengasak dan hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan menerusi R Gopinathan yang menolak masuk hantaran Ronaldinho.

Kealpaan benteng PQPTRW sekali lagi membawa padah pada minit ke-26 apabila rembatan deras Ronaldinho gagal diselamatkan penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail.

PQPTRW berjaya merapatkan jurang gol melalui sepakan penalti (m-35) selepas Indra Putra Mahayudin dikasari pertahanan Selangor, Ugo Ukah. Wan Zaharulnizam Zakaria menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.

Babak kedua menyaksikan Selangor melebarkan jurang jaringan menerusi Gopintahan (m-56) untuk kemenangan selesa yang meletakkan mereka di tangga teratas kumpulan B – mengatasi PQPTRW menerusi perbezaan gol.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s