Seorang Kanak-kanak Diterkam Singa Semasa Siaran Langsung Sebuah Rancangan TV

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-13 at 12.00.14

MEXICO CITY – MEXICO. Seorang kanak-kanak diterkam oleh seekor singa semasa siaran langsung dalam sebuah rancangan televisyen di sini.

Memetik The Sun, haiwan itu menarik dan mengigit kaki kanak-kanak kecil itu dihadapan ibunya selepas mereka duduk berdekatan dengan haiwan itu semasa siaran langsung program televisyen Con Sello de Mujer.

Berdasarkan rakaman berdurasi 1 minit itu, kanak-kanak itu bersama ibunya, pengacara program duduk bersebelahan singa bersama-sama dua pelatih singa.

Ketika ditemubual, kanak-kanak itu tiba-tiba mula menangis.

Mungkin tergangu dengan suara kanak-kanak itu, singa berkenaan terus menerkam kaki kanak-kanak itu dan mula mengigitnya.

Budak perempuan itu mula menjerit dan ibunya yang panik terus menariknya namun ia memburukan lagi keadaan.

Salah seorang pelatih berkenaan bertindak mengambil kanak-kanak itu dan meminta ibunya supaya bertenang dan berhenti menarik anaknya itu.

Mereka berjaya memisahkan haiwan itu daripada kanak-kanak itu dan pelatih berkenaan membawa keluar singa berkenaan dari pentas.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pelatih berkata, singa itu hanya bermain dengan kanak-kanak itu.

Rakaman itu dipercayai dirakamkan beberapa tahun lepas, namun baru tersebar luas selepas dikongsi di media sosial baru-baru ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s