Baju Merah 2.0,! Perhimpunan Disasarkan 300,000 Peserta Dan Disertai Bukan Melayu – Jamal

Posted on

71471170656_Jamalmerahperhim

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos menjangkakan akan ada penyertaan dari golongan bukan Melayu dalam Perhimpunan Baju Merah 2.0 yang akan dianjurkannya susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5.

Kedua-dua perhimpunan itu dijangka akan diadakan pada waktu dan tarikh yang sama.

“Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina.

“Saya sudah berbincang mengenai perkara ini dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita,” kata Jamal dalam satu sidang media di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, Perhimpunan Baju Merah 2.0 itu nanti mensasarkan seramai 300,000 peserta.

“Kami bukan main-main tentang perkara ini.

“Kita lihat sudah banyak kali sebelum ini perhimpunan Bersih diadakan tetapi untuk apa? Tiada manfaat buat rakyat,” kata Jamal lagi.

Ditanya sekiranya dia akan mendapatkan permit dari pihak polis berhubung penganjuran perhimpunan tersebut, Jamal menjawab beliau akan menunggu tindakan yang diambil penganjur Bersih terlebih dahulu.

“Sekiranya mereka ikut peraturan, kami pun sama.

“Jika tidak, kami akan ikut juga,” kata Jamal.

Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s