Doa Untuk Malaysia,! Ribuan Umat Islam Memenuhi Dataran Merdeka

Posted on

41471103516_NajibTunRazak

KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan majlis Doa Untuk Malaysia 2016 sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan disusuli Solat Isyak dan Solat Hajat secara berjemaah.

Ia kemudian diteruskan dengan Doa Untuk Malaysia yang dipimpin Tuan Asmawi Tuan Umar.

Majlis diteruskan dengan alunan selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syech Abdul Kadir Abdul Rahman Assegaf selain disertai kumpulan In-Team, Al-Mawlid, kumpulan hadrah dan diisi dengan bacaan tawsiah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.

81471095966_NajibTunRazakTahun ini merupakan kali ketiga penganjuran Doa Untuk Malaysia dan menjadi acara tahunan sebagai pembukaan kepada semua acara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 yang disusun oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Sekretariat Merdeka.

Pengajuran program itu bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan nilai keagamaan melalui pengisian program yang berteraskan Islam selain menerapkan semangat patriotik kalangan rakyat.

Ia turut mendidik rakyat agar sentiasa menjadikan Rasullullah sebagai idola dan mencontohi keperibadian baginda.

Program sama turut dilaksanakan penganut agama lain antara 12 Ogos hingga 28 Ogos di rumah ibadat masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s