Pemimpin UMNO Meningkatkan Usaha Melayani Trend “Hipster” – TPM

Posted on Updated on

51471161808_AhmadZahidHamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) meningkatkan usaha melayani budaya Hipster iaitu antara cabang kebudayaan belia, orang muda urban kelas pertengahan dan remaja.

Timbalan Perdana Menteri berkata, golongan itu harus didekati untuk menarik mereka menyertai UMNO dan parti-parti komponen BN.

Katanya, selain mempunyai penyokong sedia ada, golongan berkenaan yang hidup dengan dunia tersendiri juga perlu diperkasakan minat mereka kepada parti politik.

“Begitu juga dengan usahawan kecil Bumiputera dan bukan Bumiputera yang mengusahakan perniagaan menerusi Food Truck. Mereka ini perlu diberi perhatian seperti pinjaman oleh MARA dan institusi kewangan sebagai modal.

“Kita mempunyai banyak kaedah dan pendekatan untuk menarik seramai mungkin orang ramai mengundi UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Tetapi masih ramai pemimpin kita yang tidak menyedari perkara ini, apatah lagi untuk mendekatkan diri dengan golongan Hipster ini,” katanya berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini.

Ahmad Zahid turut meminta Ketua-Ketua UMNO Bahagian agar tidak melupakan golongan veteran seperti mantan ketua bahagian dan bekas Ahli Jawatankuasa sebelum kerana mereka masih mempunyai pengaruh serta pengikut tersendiri.

“Jangan ketepikan orang lama. Dalam UMNO, tidak ada istilah yang lama dan tidak ada yang baharu,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh para perwakilan.

Dalam ucapannya juga, Naib Presiden UMNO itu bersetuju agar calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang dipilih dalam kalangan anak tempatan di kawasan berkenaan, bukan meletakkan orang luar.

“Kalau calon tu orang tempatan, barulah ada semangat sikit untuk pengundi di situ keluar memberi undi dan kemenangan kepada BN,” katanya.

Beliau juga menasihat pimpinan bahagian agar tidak mudah lupa diri kerana mereka berada di atas disebabkan ahli di bawah yang bekerja keras mengangkat pemimpin itu.

“Jangan bila ada pemilihan, PRU baru jumpa ahli. Bila menang dan berada di atas sudah lupa jasa ahli. Pendekatan yang diamalkan ini semua akan menyebabkan ahli jauh diri kepada parti,” katanya.

Ahmad Zahid menyatakan, beliau mempunyai jadual ketat hari ini apabila turut akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Hulu Selangor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s