Peristiwa Memali,! Saya Penat Tanggung Beban Sejarah Jadi ‘Kambing Hitam’

Posted on Updated on

41471101059_MusaHitamOHI

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi ‘kambing hitam’ dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

“Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

“Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan ‘rakan-rakan’ saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

“Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi ‘kambing hitam’ daripada kami,” kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam ini.

Hakikatnya, Tun Musa menegaskan beliau langsung tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya ‘Frankly Speaking’.

Tun Musa berpendapat banyak sebab menyumbang kepada persepsi negatif terhadapnya berhubung peristiwa Memali.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s