UMNO Bukan Dilahirkan Daripada Kebencian Dan Kekecewaan – PM

Posted on

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razakl-600x400

Jelebu – UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebaliknya, UMNO adalah parti suci yang dilahirkan di tangga istana besar di Johor dengan gema semangat nasionalisme untuk menolak penjajah dan bangkit daripada roh orang Melayu yang mahu membela martabat dan maruah.

“UMNO tidak lahir di atas kebencian, UMNO tidak lahir di atas kekecewaan, UMNO tidak lahir kerana mahu menolak pemimpin lain. Kalau itulah jadi asas perjuangan kita, maka, apa-apa yang kita lakukan bukanlah bertunjangkan idealisme dalam perjuangan yang berpaksikan kepada sesuatu yang mulia dan suci.

“Tidak ada satu wadah perjuangan yang jelas, hanya sekadar marah, benci dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian maka perjuangan itu tidak bertahan lama,” katanya semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua UMNO Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s