Anak Penghuni PPR Diberi Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Oleh Kerajaan Pusat

Posted on

Kerajaan mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memberi perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak penghuni projek perumahan rakyat (PPR) di ibu negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa kementerian diminta melaksanakan pemilikan semua projek perumahan rakyat (PPR) di ibu negara secara sewa beli tanpa deposit

Beliau berkata, langkah itu sebagai inisiatif kerajaan bagi menangani kemiskinan bandar dan mengurangkan beban penduduk bandar.

“Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) laksanakan sewa beli projek PPR tanpa deposit.

 “Bagi anak-anak PPR, saya arahkan diadakan perkhidmatan bas sekolah percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Lembah Pantai di Grandball Room Nexus di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s