Campur Tangan Negara Asing Ada Agenda Tersirat

Posted on

Tindakan negara asing yang cuba campur tangan dalam urusan dan pentadbiran negara dilihat sebagai satu daripada agenda tersirat untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan selama 59 tahun, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menentukan urusan pentadbiran negara.

“Kita tak nak apa kita bangunkan selama ini cuba diambil alih dan ditentukan oleh negara luar. Kita tak perlu campur tangan luar untuk menentukan masa depan kerajaan dan pemimpin.

“Rakyat perlu melihat perkara ini kerana banyak tuduhan yang dibawa oleh negara luar hanya berniat untuk menjatuhkan pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s