Media Asing Meramalkan BN Akan Menang Pada PRU Ke-14

Posted on

4cb9

Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang bertalu-talu oleh kumpulan anti-Najib, namun tiada media asing yang menulis dalam laporan mereka bahawa Perdana Menteri akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Malah mereka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU ke-14 nanti.

Ini termasuk South China Morning Post yang mengibaratkan Najib seperti bank besar, yang terlalu besar untuk gagal.

Editornya, Zuraidah Ibrahim, dalam tulisan beliau menyifatkan langkah terbaru Dr Mahathir iaitu menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) hanya akan “berisiko memudaratkan legasinya sendiri’.

“Berbeza dengan memperoleh apa yang dihajatinya pada 2003, kali ini beliau (Dr Mahathir) mungkin mendapati dirinya meninggalkan gelanggang sebagai orang yang kecundang,” katanya.

Apa yang berlaku sehingga kini, media asing tiada satu pun berani meramalkan kekalahan BN kerana mereka takut tersilap dan kemudiannya akan dihentam.

Selain itu, isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga tidak memberikan kesan kepada Najib kerana beliau tidak terlibat dalam saman terbabit.

Orang yang paling kuat menyerang Najib adalah Mahathir, yang telah bersara selepas 22 tahun memerintah Malaysia. Jika sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi dikritik, kini beliau beralih kepada Najib pula.

Kegagalan Deklarasi Rakyat telah mendorong Mahathir menggunakan media asing dan kemudiannya menubuhkan parti Pribumi. Namun Najib ternyata masih stabil dan tidak goyah dengan serangan lawan.

Beliau dengan pantas menghancurkan lawannya dengan berperang habis-habisan, tanda Najib adalah panglima yang sudah bersiap sedia dalam peperangan dengan strategi untuk mematahkan pesaingnya.

Advertisements

One thought on “Media Asing Meramalkan BN Akan Menang Pada PRU Ke-14

    LA Ressa said:
    November 10, 2016 at 03:25

    PM Najib semakin mengukuh..imejnya makin
    disanjug rakyat..sbg Pemimpin yg tenang, sabar, berani, bijak dan tahan diuji..itulah Pemimpin yg kita mahukan menuju Negara yg
    berjaya..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s