Nasib Muhyiddin Mungkin Lebih Teruk Dari Musa Hitam

Posted on

Tun Musa Hitam telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986 disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan tewas.

Walaupun Musa tidak lagi terlibat dalam perjuangan politik secara menyeluruh, beliau menjaga legasinya dengan baik dan tidak mengganggu gugat pentadbiran yang ada selepas itu.

Musa hitam juga ada kalanya agak kritis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Musa tidak mahu terseret dengan dengan Mahathir, kerana beliau mengenali siapa Mahathir.

Berbeza dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas dipecat, beliau bersama dengan Mahathir telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dengan mengikut acuan UMNO, semata-mata untuk mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tuduhan, tohmahan dan serangan terhadap Najib berterusan dilakukan dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana perkara itu pernah dilalui oleh Mahathir sendiri ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun berdasarkan kepada sejarah, parti-parti baru yang diwujudkan selepas pemimpinnya keluar UMNO tidak akan kekal lama. Contohnya adalah pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar.

Beliau menubuhkan parti baru, Parti Ke­merdekaan Malaya (IMP) pada 1951 sebaik keluar UMNO namun IMP hanya bertahan tiga tahun lebih.

Kemudian pada 1954, beliau menubuhkan Parti Negara dan kemuncak kepada kejayaan Parti Negara hanyalah memperolehi satu kerusi di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 1959.

Dato Onn meninggal dunia pada 1962 dan Parti Negara kemudiannya terkubur. Malah ketika beliau meninggal dunia, Dato Onn dikatakan hanya mempunyai wang kurang RM50 dalam sakunya.

Apa yang pasti UMNO sudah berdepan dengan banyak krisis sebelum ini justeru serangan bertubi-tubi untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya, berdasarkan pengalaman UMNO mengatasinya dan kerana anggotanya sentiasa menunjukkan taat setia yang tinggi.

Apa guna bersama dengan parti baru yang tidak mempunyai perjuangan yang kukuh, hanya menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan. – Beruang Biru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s