Operasi Bersepadu Cegah Jenayah 117 Warga Asing Dan15 Wanita Ditahan

Posted on

Melaka: Seramai 117 warga asing termasuk 15 wanita ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Terminal Bas Melaka Sentral, di sini, petang tadi.

Operasi selama tiga jam yang berakhir pada 2.30 petang itu, membabitkan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, selepas mendapati terminal berkenaan menjadi tumpuan warga asing pada hujung minggu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, seramai 1, 699 warga asing diperiksa hasilnya 177 ditahan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun selepas didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika diminta.

“Antara yang ditahan adalah 39 warga Nepal, Indonesia 34, 26 Bangladesh dan 15 Myanmar,” katanya.

Katanya, mereka yang ditahan kemudian dibawa balik ke lokap sementara JIM di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh untuk proses dokumentasi selain akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 6(1) akta sama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s