Rebut Peluag Untuk Nikmati Hidangan Kegemaran Tunku Abdul Rahman

Posted on

main_rb_1508_pg014_rachelb_1

PETALING JAYA: Rasai hidangan tengah hari kegemaran Tunku Abdul Rahman menerusi masakan hasil air tangan bekas tukang masak perdana menteri pertama negara, Salmah Mat Isa.

Sehubungan itu, Kumpulan Media Star akan menganjurkan jamuan tengah hari khas sempena meraikan ulang tahun akhbar The Star yang ke-45 disamping menyambut Hari Kebangsaan yang ke-59.

Jamuan tengah hari tersebut akan diadakan pada 30 Ogos di ibu pejabat syarikat, Menara Star, Phileo Damansara 2 bersama 45 pembaca bertuah yang berjaya merebut tempat yang terhad ini.

Bagi memastikan pembaca bertuah tiba tepat pada masanya tanpa menempuh masalah kesesakan lalu lintas dan juga parkir, aplikasi Grab akan menaja 45 perjalanan buat pemenang dari Lembah Klang.

Pembaca bertuah hanya perlu membuat tempahan kenderaan menerusi aplikasi Grab dan masukkan kod yang disediakan sahaja.

Seperti kita sedia maklum, Tunku Abdul Rahman menyumbang bakti memimpin pentadbiran negara ini sehingga 1970.

Mesra disapa makcik Salmah, bekas tukang masak Tunku ini mula berkhidmat sejak berusia 16 tahun iaitu pada 1968 sehingga kemangkatan Tunku pada 1990.

Kerjayanya bermula sebagai pengasuh anak-anak Tunku dan juga menjadi pembantu tukang masak di dapur, namun makcik Salmah mengambil alih tugas di dapur sepenuhnya selepas tukang masak asal bersara pada 1971.

“Pada mulanya, saya tidak tahu bagaimana nak masak dengan sempurna tetapi Tunku berkata, dia mempunyai cita rasa biasa dan saya boleh belajar melalui resipi tukang masak sebelumnya,” kata makcik Salmiah sambil menambah Tunku dengan cepat dapat menyukai cara masakannya.

Selain itu makcik Salmiah berkata, jika Tunku tidak mempunyai tetamu di rumah, beliau lebih gemar makan nasi dan hidangan lain menggunakan tangan.

Mengenang kembali memori bersama pemimpin tersohor itu, katanya Tunku seorang yang berhati mulia dan melayan semua kakitangan seperi keluarganya sendiri.

“Beliau sangat mengambil berat mengenai kami sekeluarga.

“Tunku melayan semua orang sama rata. Bila saya lahirkan anak ketiga pada hari raya, beliau hantar pemandu untuk mengambil saya sekeluarga ke rumahnya untuk menyambut Aidilfitri.

“Saya juga pernah mengikut beliau serta isteri ketika lawatan rasmi ke luar negara sebelum berkahwin,” katanya.

Makcik Salmiah yang kini berusia 65 tahun masih mengingati makanan kegemaran Tunku.

“Beliau mahu masakan kari setiap hari dan kari kepala ikan merupakan kegemarannya.

“Setiap kali tetamu datang ke rumah, beliau akan meminta untuk saya hidangankan juadah tersebut,” katanya.

Sementara itu, bagi jamuan tengah hari khas yang akan diadakan ini akhir Ogos ini, makcik Salmiah akan hidangkan beberapa juadah kegemaran Tunku sempena sambutan kemerdekaan.

Antara menu utamanya ialah kari ikan senangin bersama sambal tumis sotong, ayam goreng berempah, udang goreng kunyit dan rendang kambing.

Bagi mengekalkan keaslian citarasa Tunku, campuran rempah dan kepedasan cili akan disesuaikan seperti yang beliau gemari terutamanya sambal belacan khas yang semestinya pedas.

Selepas kemangkatan Tunku, makcik Salmiah terus berkhidmat bersama isteri almarhum, Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah sehingga meningal dunia pada 2000.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Tunku, makcik Salmiah juga turut memasak untuk lembaga pengarah dan pengurusan The Star apabila syarikat itu menyewa banglo Tunku di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 1993.

Beliau turut menyediakan makanan untuk lembaga pengarah, acara yang diadakan syarikat, mesyuarat dan juga kepada pelanggan.

Bagi memenangi jamuan tengah hari Tunku, layari http://contests.thestar.com.my/atasteofnostalgia/default.aspx dan nyatakan perkara yang membuatkan anda cintakan Malaysia bermula hari ini sehingga 11.59 malam pada 17 Ogos.

Untuk mengetahui resepi hidangan kegemaran Tunku, anda boleh layari kuali.com pada 22 Ogos ini.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s