RISDA Cadang Untuk Tanam Guarana Bantu Pekebun Kecil

Posted on

Risda

ALOR SETAR – RISDA bercadang untuk mengusahakan projek penanaman guarana, iaitu sejenis pokok herba menjalar yang berasal daripada Lembangan Amazon, Brazil bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainu Abidin memberitahu, harga guarana dianggarkan antara RM200 hingga RM300 bagi setiap kilogram dan setiap pokok mampu mengeluarkan hasil kira-kira 50 kilogram.

Guarana boleh diusahakan sebagai tanaman kontan di kawasan kebun getah dan mampu mengeluarkan hasil selepas enam bulan ditanam, kata Zahidi.

“Kita sedang berbincang dengan sebuah syarikat di Pulau Pinang untuk bekerjasama melaksanakan projek itu secara besaran termasuk membeli tanah dan mendirikan kilang untuk memproses guarana sebelum dieksport”, katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra dengan Pemaju Masyarakat dan Pegawai Seranta RISDA di Alor Setar hari ini.

Khasiat guarana ialah untuk kesihatan dalaman dan tenaga, kata Zahidi dan meambah syarikat berkenaan akan menyemai benih herba itu yang dipesan daripada Brazil.

Menurut beliau, buat permulaan tanaman sampingan itu akan diusahakan di tanah milik RISDA dan tanah pekebun kecil sebelum diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke Sabah.

Di peringkat awal, RISDA akan membekalkan tanaman herba itu kepada syarikat di Pulau Pinang, kata Zahidi.

Sementara itu, Zahidi menjelaskan RISDA akan memohon permit import barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung dan minyak masak supaya pekebun kecil dapat membelinya dengan harga yang lebih murah.

“Kita juga akan memohon kebenaran untuk mendirikan stesen mini bagi menjual petrol dan diesel untuk kepeluan penduduk di luar bandar,” katanya lagi.

Menurut beliau, pekebun dan getah merupakan penyokong kerajaan dan mereka wajar diberi pembelaan dan dibantu ketika menghadapi kesukaran terutama semasa harga getah murah.

Selama ini, kata Zahidi kerajaan yang diterajui UMNO sahaja yang membantu pekebun kecil, sama ada ketika senang mahupun waktu susah.

Kata Zahidi lagi, RISDA mengalu-alukan cadangan agensi kerajaan dan pihak lain untuk memikirkan bersama bagaimana hendak meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.

“Sebagai contoh, jika tidak bersetuju dengan cadangan RISDA menanam dan mengeksport ketum sebagai produk perubatan, mereka hendaklah memberikan cadangan lain, ” kata Zahidi.

– KLXpress

Advertisements

One thought on “RISDA Cadang Untuk Tanam Guarana Bantu Pekebun Kecil

    abd rashid mohd jamil said:
    May 23, 2017 at 10:13

    bila felda akan melaksanakan tanaman ini di kelantan?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s