[Video] Agenda Besar Mukhriz Didedah Oleh Bekas Pegawai Kanan Sendiri

Posted on Updated on

MUKHRIZ3

MUNGKIN ramai tidak tahu, jentera kempen Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semasa merebut jawatan Naib Presiden UMNO dahulu pernah menasihati anak bekas Perdana Menteri itu untuk terlebih dahulu bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum melangkah terus ke kerusi nombor 3 tertinggi parti iaitu Naib Presiden.

Walau bagaimanapun, Mukhriz tetap mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan keputusannya tidak memihak kepada dirinya, walaupun telah menggunakan pengaruh bapanya yang juga seorang negarawan ulung pada ketika itu.

Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan berkenaan, mereka (pro Mukhriz) telah mula menyalahkan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ada pihak-pihak tertentu yang cuba memulakan proses mensabotaj pemimpin negara melalui IPO 1MDB pada awal tahun 2014 yang lalu.

Ini bertujuan untuk memastikan syarikat milikan kerajaan hasil cetusan idea Najib Razak itu akan mengalami masalah dan tidak mengikut perancangan awal dalam dunia perniagaannya.

Sejurus selepas 1MDB menerima permasalahan ini, maka kumpulan-kumpulan tertentu ini akan menggunakan isu berkenaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dipercayai sebagai salah satu “hukuman” diatas kekalahan Mukhriz dalam pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO sebelum itu.

Dalam satu cerita lain pula, ada juga ura-ura mengatakan bahawa, sekiranya Mukhriz berjaya menang jawatan Naib Presiden UMNO pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamed katanya akan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO yang menang tanpa bertanding untuk melepaskan jawatannya secara sukarela, khususnya dalam kerajaan.

Hal ini bertujuan untuk memastikan Mukhriz yang juga anak kesayangannya mampu menggantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perancangan lain pula turut berkata bahawa, ada ura-ura menunjukkan Dr Mahathir mahu Najib Razak jatuh dari jawatannya kerana ingin menaikkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri “sementara” untuk menunggu masa Mukhriz bertanding dan menang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan berikutnya iaitu di tahun 2018.

Semua ini didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan Mukhriz dalam parti iaitu Haris Che Mat di Pokok Sena, Kedah hari ini.
– Tv14

Ralat: En. Haris Che Mat adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena selama 10 tahun, SU Pemuda UMNO Negeri Kedah, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah,SUK UMNO Negeri Kedah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s