Kuasa Asing,! Campur Tangan Barat Ancaman Umat Islam – Presiden PAS

Posted on

hadi awang

“Negara yang terserlah menentang umat Islam hari ini ialah kuasa-kuasa Barat, yang mengacau dunia Islam. Apa yang berlaku di Arab, yang berlaku di mana-mana, itu campur tangan kuasa-kuasa Barat”

Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam memberi peringatan kepada seluruh umat Islam mengenai sikap kuasa barat ke atas negara-negara Islam.

Malah, kata beliau, kuasa Barat yang pernah mengisytiharkan nakhoda baharu untuk memimpin dunia seluruhnya telah menganggap Islam sebagai pencabar.

“Dengan sebab itu, saya tegaskan bahawa, Turki dan Iran, mengikut nasihat Almarhum (Najmuddin) Erbakan, perlu mengadakan kerjasama dengan negara yang bermusuh dengan kuasa-kuasa Barat.

“Bukan kita nak menggalakkan benda-benda yang lawan cara keras ini. Tetapi, kita kena ajar mereka yang nak mempermain-mainkan Islam ini, jangan anggap orang Islam ini lemah,” katanya.

Beliau dilaporkan oleh laman Facebook rasmi PAS berkata demikian pada Ceramah Perdana Senario Politik Timur Tengah: Pasca Cubaan Rampasan Kuasa di Dataran KUIZM, Taman Melewar, di sini 14 Ogos lalu.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan bahawa umat Islam menganut satu ajaran yang kuat dan gagah yang tak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s