Pan Mahu Lawan Pas, Tapi Kenapa Nak Kaitkan Dengan UMNO Pula?

Posted on

PAS_AMANAH_SAMA

“Kita menyambut baik kenyataan Parti Amanah Negara (PAN) Selangor yang akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14)”, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar.

Tambahnya, sebagai sebuah negara demokrasi, mana-mana parti politik yang sah bebas untuk bertanding di mana sahaja yang mereka suka tanpa halangan.

“Namun, kita nak ingatkan kepada PAN atau mana-mana anggota pakatan mereka, agar jangan mengaitkan kononnya UMNO bekerjasama dengan Pas jika mereka dan anggota pakatan mereka kalah dalam mana-mana kawasan yang mereka tandingi.

“Bertanding tiada paksaan, tetapi kita juga nak bertanya, adakah PAN tidak mahu bertanding di kerusi Dap dan PKR yang mereka menangi pada PRU13 yang lalu? Sekurang-kurangnya tindakan ini sebagai semangat dan sokongan Dap dan PKR kepada PAN sebagai sebuah parti baru dalam pakatan mereka, apa salahnya bantu jika mereka benar-benar berpakat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Tambah beliau lagi jika PAN berpandangan mereka bertanding atas semangat demokrasi maka mereka juga perlu menerima apa jua keputusan rakyat pada pilihan raya umum nanti atas semangat demokrasi juga.

“Janganlah nanti bila kalah mereka gunakan modal politik murahan termasuk salahkan SPR, ada pengundi hantu dan terkini, tuduhan mereka yang mengaitkan UMNO kononnya bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, dalam mengalih isu sebenar mengapa rakyat tidak mengundi atau menyokong mereka”, katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal turut menyambut baik penubuhan parti baharu oleh bekas pimpinan UMNO, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, namun dalam masa yang sama, berharap agar ahli-ahli UMNO khususnya di kalangan anggota Pemuda untuk tidak terpedaya dengan gerak tari parti baharu ini.

“Kita duduk dalam satu rumah sewa, kita boleh melihat penghuni rumah itu boleh keluar masuk, mungkin ada yang tak suka dengan ketua rumah, namun kita sebagai penghuni rumah tersebut kenalah juga jaga rumah tersebut dari rosak teruk, potong rumput, cat semula rumah itu agar rumah itu nampak terurus.

“Kitalah sebagai penghuni yang harus menjaga keselesaan rumah tersebut. Janganlah pula kita yang menjadi anai-anai yang mereput dan akhirnya memusnahkan rumah yang sedang kita duduki ini kerana yang akhirnya rugi adalah diri kita sendiri,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s