Parti Mahathir,! Sama Seperti PAN, Parti Serpihan PAS

Posted on

maxresdefault (3)

Penyokong Mukhriz Mahathir digesa terus kekal bersama Umno dan pada masa yang sama ‘mengintip’ untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Ahli Umno yang terus menyokong saya tetapi tidak sanggup untuk keluar Umno kerana sebab-sebab peribadi boleh terus kekal bersama parti.

“(Mereka boleh) membantu parti baru kami dengan mengumpul maklumat,” kata Mukhriz yang dipetik akhbar Cina, Oriental Daily semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.

Mengenai arahan yang melarang ahli Umno daripada menyokong Pribumi, Mukhriz berkata, ini adalah kenyataan lazim yang menggambarkan keangkuhan pemimpin Umno yang tidak menghiraukan sentimen ahli.

Beliau juga menggesa mereka yang ingin menyertai parti baru itu supaya bersabar, kerana mereka tidak boleh mengedarkan borang keahlian sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftarannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjanji bahawa ROS akan bertindak secara profesional dan mematuhi peraturan sedia ada dalam mengkaji permohonan Pribumi.

Zahid berkata, permohonan akan dikaji secara terperinci dan ini memakan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk diluluskan.

Apabila parti yang diasaskan kerana dendam dan berkepntingan peribadi maka halatujunya cacamarba.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s