Rio Olympics 2016,! Bukti Kita Mampu Genggam Emas Olimpik #TeamMsiaOlympics

Posted on

TeamMalaysia

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

16 Ogos 2016 | 13 Zulkaedah 1437H

AYUH MALAYSIA!
BUKTIKAN KITA MAMPU GENGGAM EMAS OLIMPIK

DPPM begitu optimis Malaysia mampu menggenggam emas di temasya Sukan Olimpik Rio 2016 ini dengan kejayaan pasangan beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang melangkah ke perlawanan akhir esok.

DPPM begitu berbangga dengan gandingan negara yang menduduki tempat ke-11 dunia kini yang mampu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan dua set 21-12, 21-19.

Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final ini adalah disifatkan paling bersejarah kerana beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992.

DPPM mengucapkan selamat berjaya kepada Peng Soon dan Liu Ying untuk membuahkan pingat buat Malaysia yang akan menentang pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, pada perlawanan akhir esok.

DPPM juga mengharapkan kejayaan buat pasangan beregu lelaki negara Goh Vi Shem dan Tan Wee Keong untuk melangkah ke final acara beregu lelaki. Kejayaan menewaskan pasangan No.1 dunia Yong Dae dan Soong Yoong semalam dalam aksi dramatik yang sungguh mendebarkan semalam, diharapkan menjadi bekalan bagi kejayaan mendapatkan satu lagi pingat emas buat Malaysia.

DPPM juga mengharapkan prospek emas paling cerah Malaysia Dato’ Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki dan jaguh berbasikal trek negara “The Pocket Rocket Man”, Azizulhasni Awang akan juga dapat membuahkan pingat emas yang diimpikan oleh rakyat Malaysia dalam sukan Olimpik Rio 2016 ini.

AYUH MALAYSIA!

“Bertekad Melebar Muafakat”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
(Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s