Rio Olympics 2016,! PM Najib Razak Ucap Tahniah Beregu Campuran Malaysia #KamiTeamMalaysia

Posted on

NAJIB-CONGRATS

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak pagi ini mengucapkan tahniah kepada beregu campuran badminton negara kerana kejayaan melangkah ke perlawanan final Olimpik Rio 2016.

Perdana Menteri berkata, pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mempamerkan aksi menakjubkan sebelum melakar kemenangan untuk negara.

“Tahniah Chan Peng Soon dan @gohliuying bawa #MAS ke final! What a performance! (Aksi menakjubkan!) Selangkah lagi menuju emas #Olympics #Rio2016 #KamiTeamMalaysia,” katanya menerusi entri akaun Twitter rasminya @NajibRazak, sebentar tadi.

Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan dua set 21-12, 21-19.

Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final disifatkan paling bersejarah kerana beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992.

Gandingan negara akan menentang pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, pada final esok. Pasangan Indonesia berkenaan sebelum itu menyingkirkan satu lagi cabaran pasangan campuran China, Zhang Nan-Zhao Yunlei.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s