SAMUR,! Gas Amonia Bocor, Dua Maut Lima Kritikal

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-16 at 16.05.39

Sipitang: Dua lelaki maut dalam satu kejadian kebocoran gas amonia di Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, turut menyebabkan tiga lagi pekerja kontrak Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) dipercayai warga asing turut cedera.

photo_2016-08-16_16-27-29

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menerusi kenyataan medianya sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.

“Sebaik menerima maklumat mengenai kebocoran gas, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) SAMUR segera bertindak mengawal keadaan termasuk mengeluarkan mangsa yang terlibat.

“Bagaimanapun, insiden ini tidak akan menjejaskan penduduk setempat terutamanya mereka yang tinggal berhampiran,” katanya.

WhatsApp Image 2016-08-16 at 16.05.41

Menurut PCG, pihaknya juga sudah memaklumkan waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai lima mangsa terbabit, namun tiga daripada mereka termasuk yang maut dihantar ke Hospital Sipitang, manakala dua mangsa yang cedera dirawat di klinik SAMUR.
– HM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s