Aplikasi WEBE, Mampu Rangsang Ekonomi

Posted on

201604130536566009

1. Webe, perkhidmatan aplikasi mudah alih digital Kumpulan TM dilancarkan sebagai sebahagian inisiatif kerajaan bagi menarik perniagaan dan usahawan dalam talian untuk merangsang ekonomi.

2. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, kementerian telah melabur dengan banyak untuk kelancaran gaya hidup digital dengan memanfaatkan digital selaras dengan kebergantungan rakyat masa kini pada telefon pintar dan satu ekosistem telekomunikasi yang lebih canggih dalam kehidupan seharian.

3. Beliau turut memuji usaha Kumpulan TM menaik taraf rangkaian 4G Long-Term Evolution LTE () yang ditawarkan menerusi Webe dengan “pengalaman bebas kebimbangan” bagi perkhidmatannya itu, memberikan akses yang mampu untuk rakyat Malaysia.

4. Daripada perspektif pembinaan negara bangsa, Salleh berkata, Webe sedar akan kuasa dan potensi orang ramai untuk saling bekerjasama menerusi projek-projek komuniti Webe mereka.

5. Menerusi platform digital baharu berasaskan sokongan orang ramai ini, rakyat Malaysia dapat menggunakan kemudahan dalam talian dan membantu usaha meliputi pendidikan hingga kesihatan, malah membantu memperbaiki kehidupan kalangan kurang bernasib baik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s