Bajet 2017,! Tiada Kenaikan GST Dari Kadar 6%

Posted on

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari kadar enam peratus yang ditetapkan sebelum ini dalam Bajet 2017, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, walaupun penyusutan hasil sebanyak RM30 bilion dijangka pada tahun ini daripada industri minyak dan gas, namun kerajaan tetap komited untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana dan menguruskan defisit fiskal dengan cekap yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

“Walaupun kerajaan sedang menghadapi masa sukar disebabkan kehilangan hasil daripada industri minyak dan gas, kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi cadangan terbitan Sukuk Wakalah untuk projek Setiawangsa-Pantai Expressway.

Menjelang pembentangan Bajet 2017 pada minggu ketiga bulan Oktober nanti, ramai yang bimbang mengenai kemungkinan kadar GST akan dinaikkan.

Untuk rekod, Malaysia melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April, 2015.

“Kali ini merupakan masa yang sukar untuk kerajaan.

“Sudah pasti, kita perlu menguruskan defisit fiskal kita kerana kita tidak mahu defisit kita menjadi terlalu besar yang akan memberi kesan kepada penarafan kita. Kadar faedah akan meningkat dan ini akan memberi kesan kepada semua sektor,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s