Merdeka 59,! Seorang Peniaga Kedai Makan Belanja Lebih RM30,000 Demi Kemerdekaan Negara

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-17 at 16.38.00 (1)

KUANTAN: Biarpun digelar tidak siuman, seorang peniaga kedai makan sanggup berbelanja lebih RM30,000 sejak 16 tahun lalu untuk menghias premis perniagaannya apabila tiba musim kemerdekaan.

Menurut Wan Rahimi atau lebih dikenali dengan Mie Merdeka, wang ringgit tidak mampu mengukur semangat patriotisme yang tersemat dalam dirinya.

WhatsApp Image 2016-08-17 at 16.38.00

Meskipun selalu dipertikai, ia tidak mematahkan semangatnya menjadikan rutin menceriakan persekitaran kedai makan itu dengan konsep kemerdekaan setiap tahun.

WhatsApp Image 2016-08-17 at 16.37.59

Minat itu katanya bertujuan bagi melihat semangat cintakan negara dipupuk dalam diri golongan muda.

Terletak di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang, kedai makan Mie Merdeka gah dengan hiasan hasil kreativitinya.

Jalur gemilang sebagai hiasan utama dipasang megah di seluruh kedai.

Membawa kelainan tahun ini, satu pintu gerbang turut dibina dengan bantuan tiga rakan-rakannya.

WhatsApp Image 2016-08-17 at 16.36.34

Selain gubahan daripada barangan kitar semula, kedai itu turut diserikan dengan lukisan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Mie Merdeka turut mempunyai tiga kenderaan yang dihias penuh dengan ciri merdeka.

Kedai itu sering diiktiraf di peringkat negeri namun masih belum berjaya menang dalam Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan di peringkat kebangsaan.

Walaubagaimanapun bagi Wan Rahimi, memadai sekadar memberi kepuasan kepada dirinya serta melihat usahanya itu menjadi ikutan yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s