Najib Berjaya Jimat RM3.5 Bilion, Mahathir Hilang RM100 Bilion

Posted on

mahathir9

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM3.5 bilion telah berjaya dijimatkan kerajaan hasil daripada inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2009.

Menurut satu sumber kepada KLXPRESS, kejayaan inilah yang dicemburui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya mendorong beliau untuk menyerang corak pentadbiran Najib.

“Datuk Seri Najib juga memperkenalkan inisiatif NBOS sejak 2009. Kerajaan berjaya menjimatkan sekitar RM3.5 billion menerusi strategi NBOS ini.

“Sebagai contoh, Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah mampu membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion. Usahasama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan.

“Inilah yang membuatkan Mahathir dan pembangkang iri hati terhadap corak pemerintahan Najib,” katanya.

Tambah beliau, seolah-olah Mahathir tidak boleh menerima hakikat Najib adalah pemimpin yang lebih baik berbanding dirinya.

Kebijaksanaan Najib di dalam urus tadbir ekonomi sehingga mengangkat kredibiliti beliau sebagai pemimpin yang berpengaruh di mata dunia ujar sumber tersebut, sangat dicemburui oleh Mahathir.

“Jika hanya dalam masa 6 tahun beliau mampu menjimatkan wang negara sebanyak itu, tidak mustahil Najib mampu jadikan Malaysia sebagai negara Islam terbaik dunia sebagaimana yang disebut oleh bekas mufti Jordan, Prof Dr Amin Mohammad Sallam.

“Malah, dengan kebijaksanaan urus tadbir ekonomi, tidak mustahil Najib akan menjadi seorang Perdana Menteri paling berpengaruh, dihormati di kalangan negara Islam dan dan di mata dunia.

“Mahathir tidak boleh menerima hakikat bahawa Najib adalah pemimpin yang lebih kuat dan baik berbanding Mahathir.

“Inilah yang membuatkan Mahathir dan pembangkang iri hati terhadap corak pemerintahan Najib,” katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun Mahathir ketika ini bersungguh-sungguh menyerang kepimpinan Najib, namun ia sedikit pun tidak menggoyangkan kedudukan pemimpin nombor satu negara itu.

Selain itu beliau turut menuntut bekas Perdana Menteri itu untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan bekas editor The Wall Street Journal (WSJ) bernama Barry Wain mengenai wang RM100 billion telah hilang sepanjang 22 tahun Mahathir berkuasa.

Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) itu ujar beliau seolah-olah ‘menikus’ berkenaan perkara yang dibangkitkan Wain di dalam bukunya yang bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times’.

“Dari segi ekonomi hari ini, Ringgit terus mengukuh pada 3.9 berbanding USD. Biarpun serangan terhadap Perdana Menteri masih berterusan tetapi Datuk Seri Najib masih bertahan seumpama ‘bank besar yang sukar untuk digagalkan’.

“Bila Mahathir hendak jawab mengenai RM100 billion yang hilang? Atau samanlah penerbit buku tersebut. Mahathir sebenarnya sudah kalah. Itu sebabnya Mahathir masuk hospital. Cuma Mahathir sahaja tidak mahu mengaku kalah sama seperti dia tidak mengaku hal RM100 billion yang hilang.

“Bekas editor WSJ bernama Barry Wain telah menyatakan dalam bukunya bahawa sejumlah RM100 billion telah hilang sepanjang 22 tahun, Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Wain membuat pendedahan dalam bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times’. Mahathir langsung tidak menjawab,” tegasnya.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s