Parti Mahathir,! Lebih Baik Keluar UMNO Dari Terus Jadi Gunting Dalam Lipatan

Posted on

image-40-1024x678

7 OGOS : Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan ahli UMNO yang sudah tidak setia lagi kepada parti untuk keluar daripada parti itu dan pergi kepada parti lain seperti parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI).

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata adalah lebih mudah UMNO berlawan dengan musuh yang nyata berbanding menentang musuh yang berada di dalam selimut.

“Saya dah sebut orang yang tak setia kepada UMNO, elok dia keluar masuk PRIBUMI, itu adalah lebih baik.

“Tak perlu ada musuh daripada dalam, lebih baik musuh di luar lebih senang berhadapan dengan musuh di luar daripada musuh yang berada dari dalam selimut kita, lagi susah. Eloklah mereka masuk kepada parti PRIBUMI,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Beliau sebagai mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu ahli UMNO yang menolak UMNO supaya kekal di dalam parti tersebut dan menjadi mata-mata kepada PRIBUMI.

Bagaimanpun menurut Ismail Sabri, tiada ahli UMNO yang akan berbuat demikian kepada UMNO memandangkan hanya ahli UMNO yang setia sahaja akan bersama UMNO.

“Orang UMNO akan tetap kepada UMNO dan akan setia kepada UMNO. Saya rasa orang UMNO yang tak setia akan ikut dia (Mukhriz), kalau tidak siapa yang nak masuk dalam parti dia?.

“Kalau semua UMNO kekal dalam UMNO dan orang PKR kekal dalam PKR, orang PAS kekal dalam PAS, mereka dua tiga orang sahajalah dalam parti PRIBUMI tu?,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai blok pembangkang baru GAGASAN yang terdiri daripada parti PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Ismail Sabri berkata ia memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Baguslah, lagi banyak lagi bagus, baik buat UMNO, namun yang penting UMNO itu perlu bersatu. Kompenan perlu kuatkan parti masing-masing, antara parti kompenan perlu kukuhkan kerjasama.

“Kalau ada sudah ada dua pembangkang, Pakatan Harapan dan Gagasan, nampaknya mereka semakin berpecah dan baik untuk Barisan Nasional (BN),” katanya.

– BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s