Penumpang MAS Untuk Daftar Masuk, Perlu Cetak TAG Bagasi Sendiri

Posted on

img_msianairlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menguatkuasakan pelaksanaan sistem daftar masuk dan cetak sendiri tag bagasi bagi penumpang kelas ekonomi untuk penerbangan domestik serta antarabangsa bermula esok.

Menurut syarikat penerbangan nasional itu, penumpang perlu mencetak sendiri tag bagasi di 50 kiosk daftar masuk aras berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dilekatkan pada bagasi masing-masing sebelum ke kaunter bagasi.

Katanya, langkah itu bertujuan memudah dan meningkatkan kecekapan pengurusan pelanggan sejajar strategi untuk memanfaatkan teknologi bagi mengurangkan tempoh serta proses daftar masuk.

“Ini adalah fasa pertama sebelum syarikat memperkenalkan sistem letak bagasi sendiri secara sepenuhnya pada suku keempat tahun ini.

“Sistem ini sudah dilaksanakan banyak syarikat penerbangan global, justeru dengan kerjasama AeroDarat Sdn Bhd, Malaysia Airlines akan terus memperkenalkan sistem baharu bagi memodenkan urusan perjalanan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi sistem baharu itu, tempoh proses daftar masuk penumpang hingga ke letak bagasi di kaunter dapat dikurangkan dengan ketara, khususnya bagi penumpang yang mendaftar masuk menerusi laman web serta sistem mudah alih.

Sebanyak 50 kiosk disediakan yang mana arahan untuk mencetak sendiri tag bagasi akan dipaparkan peringkat demi peringkat, selain kehadiran pegawai Malaysia Airlines di kiosk bagi membimbing penumpang.

Penumpang dibenarkan mencetak maksimum dua tag bagasi dengan berat keseluruhan bagasi 30 kilogram, selain memastikan mereka tidak membawa bahan terlarang dalam bagasi seperti bateri litium, e-rokok dan power bank.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s