Rio Olympics 2016,! Beregu Lelaki Badminton Negara, V Shem-Wee Kiong Mara Ke Final #KamiTeamMalaysia

Posted on

FW484380_RIO17_160816_OLIMPIK-lpr

KUALA LUMPUR: Hari kesebelas Sukan Olimpik 2016 melakar kenangan manis buat pemain beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong apabila pasangan ini melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan dari China Hong Wei dan Chai Biao di Stadium Riocentro di Rio malam ini.

Kemenangan mereka dalam set pembukaan dengan 21-18 seolah-olah menjadi pembakar semangat pemain beregu harapan negara ini.

Biarpun kalah dalam set kedua dengan 12-21, pasangan No.12 dunia itu seolah-olah bangkit dengan persembahan mantap dalam set ketiga dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 64 minit.

Selepas bangkit semula dalam set ketiga, regu negara ini terus menerjah untuk mengumpul mata. Tuah berpihak kepada mereka selepas berjaya menewaskan beregu No. 5 dunia dengan 21-17.

“Memang tak boleh percaya kita buat ini history… main ini permainan bukan baik sangat tapi kita tak give up, kita akan catch up lagi, keep pushing but we are happy, we made it,” kata Wee Kiong ketika ditemui wartawan Astro ARENA di Rio malam ini.

V Shem yang tampak beremosi turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan tanpa henti.

“Saya sangat gembira hari saya dapat silver medal, at least harap final boleh buat lebih baik. Saya rasa ini moment paling best untuk saya, saya mahu berterima kasih kepada family, coach dan fans kerana sokongan yang diberikan,” kata V Shem.

Kemenangan di separuh akhir itu, sekaligus mendorong mereka melakukan yang terbaik bagi meraih pingat emas di final nanti.

Pasangan V Shem dan Wee Kiong bakal beraksi dalam peringkat final pada 19 Ogos (Jumaat), 10.50 malam (waktu Malaysia).
Ayuh Malaysiaku!
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s