“Superman DAP” Cuba Politikkan Sukan Olimpik Dengan Isu Perkauman?

Posted on

12am1

Penyokong DAP dengan kenyataan berunsur kontroversi seringkali “tidak dapat dipisahkan”. Menurut sejarah politik negara, para pemimpin dan penyokong DAP tidak “sunyi” daripada mengeluarkan kata-kata atau kenyataan yang berbaur penuh kontroversi atau dengan agenda mahu menaikkan kemarahan orang awam, khususnya bersifat perkauman.

Terbaharu, mungkin anda masih ingat lagi dengan seorang bekas aktivis DAP yang mempunyai “mulut tiada insurans” iaitu Hew Kuan Yau yang juga lebih dikenali sebagai “Superman”.

Dilaporkan, semalam beliau telah sekali lagi cuba menguris hati dan perasaan rakyat Malaysia dengan sebuah kenyataannya di laman media sosial dipercayai miliknya. Dalam posting berkenaan, penulisan Hew dilihat menjurus kepada bersifat perkauman apabila mengaitkan kejayaan beregu campuran negara yang layak ke perlawanan akhir sukan badminton di Olimpik dengan persepsi kaum.

Kenyataan tersebut dalam bahasa Cina membawa maksud : “jika semua orang cina balik China, maka makan pisanglah Malaysia (habislah Malaysia)”.

Capture

FB Hew Kuan Yau 丘光耀 : Baca Di Sini

Soalnya sekarang, apa mesej yang mahu disampaikan oleh si “mulut tiada insurans” ini? Adakah dengan sengaja dia sedang membakar api perkauman antara kaum Cina dengan dua lagi kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan India?

Adakah dia dengan sengaja mahu melaga-lagakan sentimen antara kaum Cina dan Melayu di negara ini sekali gus memperkecilkan kaum majoriti tersebut?

Seharusnya pihak berkuasa tidak memandang ringan terhadap isu ini. Hew harus disoal siasat segera dan jika dia didapati bersalah, tindakan setimpal mengikut peruntukan undang-undang harus diambil keatas dirinya.

Ini bukan soal fahaman politik, tetapi ia merupakan soal yang lebih besar daripada itu iaitu perkauman di negara ini. Kebetulan, Hew pernah menganggotai parti DAP sebelum ini.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s