MB Kedah,! Ahmad Bashah Bidas Cadangan Untuk Wujudkan Jawatan Timbalan Menteri Besar

Posted on

ahmadbashah2

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membidas Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mencadangkan pengwujudan jawatan Timbalan Menteri Besar, sedangkan perkara itu tidak terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Sambil berkata beliau menerima positif cadangan Mukhriz, yang juga bekas Menteri Besar negeri itu, dengan membuat penelitian terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri tetapi tidak langsung menemui peruntukan mengenai jawatan berkenaan.

“Hasil konsensus dari kalangan ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) Barisan Barisan Nasional (BN) mahupun kelompok pelaksana dasar itu sendiri, maka apa yang dicadang ADUN Ayer Hitam (Mukhriz) supaya diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar tidak berbangkit sama sekali.

“Demikian juga soal penggantian Menteri Besar. Yang Berhormat Ayer Hitam lebih maklum bahawa hak melantik Jemaah Menteri dan juga Menteri Besar adalah hak Ketua Parti (pemerintah). Dalam kes ini, (ia adalah) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa menggulung perbahasan usul menjunjung titah kasih ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada persidangan DUN negeri hari ini.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s