Negeri Serambi Mekah,! Poster ‘LUCAH’ Mengundang Keghairahan Seks

Posted on

posterKBnew

KOTA BHARU: Poster model yang tidak menutup aurat akan mengundang keinginan seksual bagi mereka yang melihatnya, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau berkata, larangan poster yang memaparkan imej tidak menutup aurat di negeri ini adalah wajar.

Katanya, membenarkan poster seumpama itu dipamerkan akan membawa kepada aktiviti yang tidak sihat.

“Sebab itu kami mengambil keputusan untuk mengharamkan poster yang menunjukkan wanita memakai bikini atau yang tidak berpakaian sopan.

“Ia termasuk dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh semua pihak berkuasa tempatan sejak beberapa tahun,” katanya kepada pemberita.

Abdul Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua ahli perniagaan bukan Melayu yang dikenakan saman selepas mempamerkan poster model tanpa tudung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s